KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu di negeri Sabah kembali naik hari ini dengan 1,352 kes iaitu peningkatan sebanyak 136 kes berbanding semalam.
Lima belas (15) daerah mencatatkan peningkatan kes baharu dengan tiga (3) daripadanya menunjukkan peningkatan yang ketara.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata daerah-daerah itu ialah Kota Kinabalu (+81 kes), Tuaran (+31 kes) dan Lahad Datu (+27 kes).
“Pertambahan jumlah kes yang banyak di beberapa daerah yang merekodkan kes dua angka kelmarin adalah isyarat jelas akan berlakunya pertambahan kes baharu dalam masa terdekat,” katanya dalam rumusan harian.
Beliau berkata peratusan kes sporadik masih tinggi (60 peratus hari ini) di 22 daripada 27 daerah di Sabah juga satu petanda Sabah belum sampai ke fasa stabil.
“Akan berlaku trend turun-naik secara mendadak jumlah kes harian…Hanya 12 daerah mencatatkan penurunan kes harian hari ini,” jelasnya.
Tuaran kembali mencatatkan kes tiga angka (113 kes) hari ini bersama Kota Kinabalu 365 kes, Penampang 119 kes, dan Papar 111 kes.
Jumlah daerah yang mencatatkan kes dua angka ialah 18 daerah manakala lima (5) daerah lagi, Kinabatangan, Kunak, Telupid, Kalabakan dan Semporna, mencatatkan kes satu angka.
Tiga (3) kes baharu hari ini berada dalam Kategori 3, tujuh (7) dalam Kategori 4 dan dua (2) lago kes dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (09 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 365 (284)
Penampang – 119 (137)
Tuaran – 113 (82)
Papar – 111 (110)
Keningau – 64 (75)
Tenom – 58 (39)
Sandakan – 48 (49)
Beaufort – 48 (43)
Tawau – 47 (51)
Lahad Datu – 39 (12)
Kuala Penyu – 38 (27)
Kota Belud – 38 (47)
Ranau – 36 (17)
Sipitang – 36 (32)
Tambunan – 33 (34)
Kota Marudu – 33 (32)
Putatan – 30 (39)
Pitas – 18 (15)
Kudat – 18 (31)
Beluran – 13 (14)
Nabawan – 12 (8)
Tongod – 12 (0)
Kinabatangan – 8 (11)
Kunak – 6 (0)
Telupid – 4 (23)
Kalabakan – 3 (1)
Semporna – 2 (3)





