KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 Sabah melonjak tinggi kepada 373 KES hari ini setelah baru sahaja melihat penurunan 91 kes.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah hari ini adalah peningkatan 106 kes daripada semalam.
Jelasnya, terdapat peningkatan bilangan kontak rapat (161 orang) dan individu bergejala (132 orang) yang positif.
“Ini adalah petanda bahawa jangkitan sudah mula menular dalam komuniti. Sebelas (11) buah daerah mencatatkan kes harian dua angka hari ini berbanding lapan daerah sahaja kelmarin…
“Lima daripada daerah ini merekod jumlah kes baharu yang agak tinggi, iaitu Kota Kinabalu 65 (+12), Tawau 54 (+32), Penampang 45 (+31) Sandakan 45 (-8) dan Tuaran 36 (-19).
“Hanya empat (4) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu,” katanya.
Dalam pada itu, Masidi berkata lima (5) daripada 17 kluster aktif di Sabah merekodkan 65 kes baharu.
Kluster Jalan Sri Balung, Tawau adalah kluster penyumbang kes baharu tertinggi dengan 41 kes diikuti Kluster Montenior di Kuala Penyu dengan 11 kes baharu.
Lima (5) kes hari ini berada dalam Kategori 3, dua (2) dalam Kategori 4 dan satu (1) lagi dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (30 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 65 (53)
Tawau – 54 (22)
Penampang – 45 (14)
Sandakan – 45 (53)
Tuaran – 36 (55)
Beaufort – 28 (2)
Putatan – 15 (10)
Papar – 14 (12)
Ranau – 12 (10)
Kota Marudu – 12 (4)
Kota Belud – 12 (1)
Kuala Penyu – 9 (6)
Keningau – 4 (0)
Lahad Datu – 3 (7)
Kinabatangan – 3 (0)
Kunak – 3 (0)
Sipitang – 3 (0)
Tambunan – 2 (2)
Beluran – 2 (0)
Tenom – 2 (6)
Kudat – 2 (7)
Semporna – 1 (2)
Tongod – 1 (0)
Telupid – 0 (0)
Nabawan – 0 (1)
Pitas – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)