BEIJING, CHINA – Satu varian baharu COVID-19 yang dinamakan NeoCov dikatakan lebih membawa maut dan memiliki kadar jangkitan yang lebih tinggi.
Menurut laporan berita Wion News, perkara tersebut didedahkan apabila sekumpulan saintis dari China memberi amaran tentang kewujudan varian baharu itu.
Difahamkan varian NeoCov itu ditemui di Afrika Selatan dan didakwa mempunyai kaitan dengan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV).
Bagaimanapun, varian tersebut bukanlah sesuatu yang baharu kerana sebelum ini virus MERS-CoV sudah wujud di negara Asia Barata pada tahun 2012 dan 2015.
Kadar kematian disebabkan varian baharu tersebut dikatakan lebih tinggi berbading Covid-19, dimana satu daripada setiap tiga orang yang dijangkiti akan mati.
Varian NeoCov itu juga dilihat serupa dengan sindrom pernafasan akut teruk Coronavirus 2 (SARS-CoV-2) yang menyebabkan Covid-19 pada manusia.
Sementara itu varian tersebut juga dikatakan turut ditemui di dalam populasi kelawar.
Menerusi satu kajian yang belum disahkan dan diterbitkan di laman web bioRxiv, varian tersebut dan virus terdekatnya, PDF-2180-CoV boleh menjangkiti manusia.
Dalam pada itu, pakar-pakar dari Pusat Penyelidikan Virologi dan Bioteknologi Rusia juga telah mengeluarkan kenyataan tentang varian tersebut, selepas taklimat NeoCov.
“Pusat penyelidikan Vektor mengetahui berkenaan data yang diperoleh oleh penyelidik dari China mengenai NeoCov…
“Dalam kajian ini, kami secara tidak sengaja mendapati NeoCov dan PDF-2180-CoV boleh menggunakan beberapa jenis enzim penukar Angiotensin-converting enzyme 2 (ACE2) daripada kelawar atau manusia untuk merebak,’’ jelas kenyataan tersebut.
Oleh itu, para pakar menjelaskan bahawa kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk mengenal pasti tahap imunisasi yang diperlukan untuk menangani virus tersebut.
Tambah mereka, lebih banyak maklumat dan input turut diperlukan untuk mewujudkan laporan konkrit mengenai NeoCov. – AGENSI