Kes Harian COVID-19 Sabah Menurun Kepada 3,971

Kes Harian COVID-19 Sabah Menurun Kepada 3,971

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes baharu COVID-19 Sabah hari ini menjunam ke bawah paras 4,000 dengan catatan 3,971 KES iaitu penyusutan 435 kes berbanding semalam.

Sungguhpun demikian, Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes baharu yang dicatatkan masih tinggi.

“Sebanyak 13 daerah merekodkan kes baharu tiga angka dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes yang tertinggi…

“Walaubagaimanapun, sebanyak 15 daerah mencatatkan penurunan jumlah kes harian termasuk beberapa daerah yang merekodkan penurunan yang banyak termasuk Kota Kinabalu (-342 kes),” katanya.

Beliau terus berkata, peratusan jangkitan sporadik (kes bergejala) hari ini kekal tinggi pada kadar 67 peratus.

“Ianya satu petanda bahawa kes baharu boleh bertambah secara mendadak pada bila-bila masa,” tegasnya.

Terdapat 12 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 3, seramai 17 dalam Kategori 4 dan tujuh (7) kes lagi dalam Kategori 5.

Masidi berkata, setakat ini, PICKids Sabah telah berjaya melaksanakan pemberian vaksin kepada 32,047 kanak-kanak daripada 411,400 berumur antara 5-11 tahun yang layak untuk divaksin.

“Sebanyak 505 kes pada hari ini melibatkan kanak-kanak bawah umur 11 tahun yang belum divaksin, dengan 209 kes merupakan kanak-kanak yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun),” tambahnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (23 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 735 (1,077)
Penampang – 516 (515)
Tuaran – 410 (402)
Tawau – 338 (211)
Papar – 320 (451)
Sandakan – 198 (151)
Keningau – 155 (192)
Kota Belud – 154 (153)
Beaufort – 153 (182)
Putatan – 150 (88)
Kota Marudu – 135 (88)
Lahad Datu – 129 (85)
Ranau – 105 (154)
Tenom – 63 (72)
Pitas – 59 (37)
Kuala Penyu – 57 (83)
Sipitang – 52 (77)
Beluran – 42 (59)
Telupid – 41 (38)
Kunak – 32 (31)
Tongod – 32 (53)
Nabawan – 27 (81)
Tambunan – 19 (52)
Kinabatangan – 19 (15)
Semporna – 14 (18)
Kudat – 9 (31)
Kalabakan – 7 (10)