Kes Harian COVID-19 Sabah Naik Mendadak Kepada 314 Kes Hari Ini

Kes Harian COVID-19 Sabah Naik Mendadak Kepada 314 Kes Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian di Sabah hari ini berganda daripada jumlah kelmarin, iaitu 314 KES berbanding hanya 118 kes kelmarin. Ini merupakan pertambahan 196 kes daripada jumlah sebelumnya.

Dengan itu, satu lagi kluster institusi pendidikan yang dikenali sebagai ‘Kluster Jalan Sri Balung’ diisytiharkan di Tawau.

Kes indeks adalah seorang pelajar asrama lelaki tingkatan 4 di SMK Balung yang mula bergejala pada 19 Januari 2022 kemudiannya disahkan positif dua hari selepas itu.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata Saringan keatas kontak rapat mendapati 17 orang lagi pelajar didapati positif menjadikan jumlah yang terlibat seramai 18 orang setakat ini.

“Kesemua pelajar yang dijangkiti adalah dalam Kategori 1 dan 2 dan telah diasingkan serta diberikan rawatan yang sesuai,” katanya.

Empat (4) daerah mencatatkan angka jangkitan baharu yang agak tinggi iaitu Sandakan 68 kes (+56), Kota Kinabalu 61 kes (+44), Beaufort 39 kes (+31) dan Tuaran 34 kes (+19).

“Punca kenaikan mendadak kes ialah bilangan saringan positif yang agak tinggi dikalangan kontak rapat daripada kluster-kluster aktif…

“Sebanyak 64 kes baharu hari ini adalah daripada kluster dan 143 kes pula adalah dikalangan kontak rapat,” jelas beliau dalam rumusan harian kes.

Hanya dua (2) pesakit hari ini berada dalam Kategori 3 dan yang lain dalam Kategori 1 dan 2.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (25 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Sandakan – 68 (12)
Kota Kinabalu – 61 (17)
Beaufort – 39 (8)
Tuaran – 34 (15)
Penampang – 16 (13)
Tawau – 16 (4)
Papar – 15 (15)
Kota Marudu – 15 (7)
Lahad Datu – 11 (3)
Ranau – 7 (2)
Putatan – 7 (6)
Kota Belud – 5 (2)
Kunak – 3 (1)
Keningau – 3 (3)
Tambunan – 2 (1)
Beluran – 2 (0)
Kinabatangan – 2 (1)
Pitas – 2 (0)
Tenom – 2 (3)
Telupid – 1 (1)
Sipitang – 1 (2)
Tongod – 1 (0)
Kudat – 1 (1)
Semporna – 0 (0)
Kuala Penyu – 0 (1)
Nabawan – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)