Kes Pendakwah Da’i Syed: “Saya Rasa Dia Memang Bernasib Malang” – Peguam...

Kes Pendakwah Da’i Syed: “Saya Rasa Dia Memang Bernasib Malang” – Peguam Asiah

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Hukuman yang dikenakan kepada pendakwah bebas, Da’i Syed atas pertuduhan merogol mendapat perhatian seorang aktivis yang juga peguam, iaitu Asiah Abd Jalil.

Menerusi perkongsian di Facebook, Asiah menanggap Da’i Syed tidak mendapat perbicaraan yang adil selain terdapat dua perkara yang mengganggu fikirannya dan berpendapat Da’i Syed bernasib malang kerana pendakwah menolak cinta si mangsa. 

“Saya rasa dia memang bernasib malang kerana terlibat dengan orang yang salah. Mungkin kalau dia membalas cinta, laporan rogol tidak akan dibuat kepada polis. 

“Kes rogol dan kes zina harus dibezakan. Sekiranya mangsa ialah seorang wanita dewasa yang rela, ia bukan kes rogol.

“Apatah lagi jika fakta kes menunjukkan laporan polis mengenai rogol, hanya dibuat setahun selepas kejadian, itu pun setelah si lelaki menolak cinta si wanita.

“Zina bukan rogol. Tidak adil, hanga lelaki dihukum, kerana masyarakat cenderung untuk merasa simpati terhadap wanita,” kongsinya.

Sementara itu, Asiah turut memaklumkan setiap tertuduh yang dituduh dalam mana-mana kes jenayah berhak mendapat tiga kali peringkat mahkamah, iaitu mahkamah bicara, mahkamah rayuan dan mahkamah rayuan kedua.

“Penangguhan pelaksanaan hukuman setelah peringkat pertama mahkamah, sepatutnya diberikan kepada pesalah, tidak kiralah apa pun circumstancesnya.

“Pesalah masih ada ruang untuk dua peringkat mahkamah rayuan lagi. Mahkamah bicara tidak sewajarnya memutuskan dari awal bahawa rayuan kelak pasti tidak akan berjaya. 

“Bagaimana jika rayuan nanti berjaya? Siapa nak kembalikan kebebasan pesalah yang telah hilang, sepanjang dia menjalani hukuman sebelum rayuannya didengar?” soalnya.

Tambahnya lagi, dalam kes ini, hakim bicara yang memutuskan tiada prima facie di akhir kes pendakwaan ialah Hakim yang lain (Tertuduh pawal mulanya dilepaskan dan dibebaskan).

“Hakim rayuan yang memutudkan ada prima facie di akhir kes pendakwaan ialah Hakim hang lain. (Kes dikembalikan ke mahkamah bicara untuk sambung peringkat pembelaan).

“Hakim bicara yang memutuskan Dai Syed bersalah di akhir kes pembelaan, ialah Hakim yang lain. (DIa didapati bersalah dan dihukum penjara 10 tabun serta tiga sebatan,” katanya.

Beliau mendakwa perbicaraan dalam kes rogol tidak seharusnya melibatkan pertukaran hakim demi mendapatkan keadilan yang sewajarnya terhadap tertuduh. 

“Pada pendapat saya, Hakim yang telah melihat sendiri demeanour mangsa semasa memberi keterangan di mahkamah, beliaulah yang paling tepat menilai, adakah rogol benar-benar berlaku kepada mangsa.

“Sebab itulah demi keadilan, dalam perbicaraan kes rogol jangan tukar Hakim. Hakim yang sama sepatutnya mendengar kes dari awal hingga akhir,” tegasnya.