KES RASUAH PROJEK SOLAR: ROSMAH DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 10 TAHUN, DENDA RM979...

KES RASUAH PROJEK SOLAR: ROSMAH DIJATUHI HUKUMAN PENJARA 10 TAHUN, DENDA RM979 JUTA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor telah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM979 juta oleh Mahkamah tinggi hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan ke atas Rosmah selepas beliau didapati bersalah atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta melalui bekas pegawai khasnya, Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak enam tahun lalu.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan…

Bagaimanapun, Rosmah, hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak.

Hakim bagaimanapun membenarkan hukuman ini ditangguhkan dan membenarkan rayuan dibuat oleh Rosmah.

Tuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Sesyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.