Ketua Cabang Kimanis Nafi Dakwaan Sabotaj, Calon ‘Payung Terjun’ Dalam PKR Sabah

Ketua Cabang Kimanis Nafi Dakwaan Sabotaj, Calon ‘Payung Terjun’ Dalam PKR Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Cabang PKR Kimanis, Niki Ramday, menolak dakwaan media kononnya wujud ancaman sabotaj atau pertikaian mengenai calon “payung terjun” dalam PKR Sabah, sambil menyifatkan laporan itu sebagai tidak benar dan mengelirukan.

Beliau menjelaskan pertemuan tertutup bersama ketua-ketua cabang baru-baru ini bertujuan memperkukuh perpaduan dan penyelarasan parti menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, bukannya penentangan terhadap kepimpinan.

Menurutnya, mesyuarat itu dihadiri 14 ketua cabang dan seorang timbalan ketua cabang, manakala empat lagi ketua cabang menyatakan sokongan terhadap inisiatif tersebut.

“Pertemuan ini diadakan dalam suasana matang dan berhemah, bukan untuk menolak kepimpinan atau memboikot jentera parti. Dakwaan sedemikian tidak benar,” katanya.

Niki berkata mesyuarat itu menghasilkan satu resolusi bersama yang akan diserahkan kepada Presiden Parti Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat, sambil menegaskan bahawa PKR Sabah kekal bersatu dan komited terhadap agenda reformasi serta prinsip Madani.