Bangunan Sekolah Agama di Tambunan Musnah Terbakar

Bangunan Sekolah Agama di Tambunan Musnah Terbakar

0
SHARE

TAMBUNAN: Tiga bangunan di Sekolah Agama daerah ini musnah dalam kebakaran petang Ahad, namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.23 petang dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan tiga struktur iaitu bangunan kelas dan bilik guru jenis tidak kekal berkeluasan 25×50 kaki serta satu lagi bangunan kelas 25×30 kaki, kedua-duanya musnah 100 peratus. 

“Manakala sebuah kuarters guru jenis kekal berkeluasan 25×25 kaki terbakar 50 peratus,” katanya.

Operasi pemadaman melibatkan kekuatan 23 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau dan pasukan bomba sukarela Kampung Tangaban.

“Operasi terkawal pada jam 6.15 petang dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.23 malam,” tambahnya.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.