Ketua Menteri Serah Bantuan Wang Kepada 36 KIR Terjejas Bencana Alam Kampung...

Ketua Menteri Serah Bantuan Wang Kepada 36 KIR Terjejas Bencana Alam Kampung Tanjung Aru

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam kepada salah seorang penerima ( Sumber Foto: JKM Sabah )

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan Bantuan Wang Ihsan Bencana Alam bernilai RM1,000 kepada 36 Ketua Isi Rumah (KIR) Kampung Tanjung Aru Baru yang layak, hari ini.

Mereka adalah mangsa fenomena air pasang besar yang rumah kediaman ranap akibat bencana itu yang berlaku pada akhir Disember tahun lalu.

Disamping itu, Hajiji turut mengumumkan tiga KIR dimana rumah mereka ranap sepenuhnya akan menerima bantuan tambahan RM20,000 untuk membina rumah baru.

Manakala rumah 33 KIR yang ranap sebahagian besar akan menerima bantuan sebanyak RM10,000.

“Dengan bantuan dan wang ihsan itu, kerajaan berharap dapat membantu mengurangkan sedikit beban mangsa-mangsa terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan rumah mangsa di Kampung Tanjung Aru Baru, di sini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Datuk Ag Shahminan Datuk Ag Sahari dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru, Mohd Reduan Aklee.