Ketua Pemuda UMNO Nyatoh Maut Ditikam Adik Sendiri

Ketua Pemuda UMNO Nyatoh Maut Ditikam Adik Sendiri

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

SEREMBAN – Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Nyatoh maut dipercayai akibat ditikam adik sendiri dalam kejadian di rumah ibu mereka di Taman Bukit Sejati di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Thiew Hock Poh berkata polis menerima maklumat pertama kira-kira pukul 8.05 pagi mengenai kejadian seorang lelaki mengamuk di lokasi berkenaan.

Dalam kejadian itu,salah seorang jiran, G.Yuvarajah, 21, berkata, dia terjaga dari tidur sejurus terdengar jeritan ibu mangsa yang meminta tolong dan terus bergegas ke tempat kejadian serta berjaya menangkap suspek berumur 31 tahun. Senjata iaitu sebilah pisau serta sebatang besi penggali tanah juga turut berjaya dirampas.

Menurut sumber, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Norhaidi Mat Yusop, 40, dan adiknya dipercayai terlibat dalam satu pertengkaran sebelum dia ditikam oleh suspek di bahagian belakang badan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya akan memaklumkan pihak media mengenai kejadian itu dalam tempoh terdekat.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban pada hari ini, Selasa, untuk ditahan reman.

Kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan