Kibarkan Jalur Gemilang, Bendera Sabah Dengan Rasa Bangga Dan Semangat Patriotisme –...

Kibarkan Jalur Gemilang, Bendera Sabah Dengan Rasa Bangga Dan Semangat Patriotisme – KM Hajiji

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama para Menteri Kabinet Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah dalam satu majlis di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada hari ini, Isnin (16 Ogos)...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyeru rakyat Malaysia di seluruh Sabah untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan rasa bangga dan semangat patriotik pada bulan Kebangsaan ini.

“Mari kita ketepikan semua perbezaan dan bersatu untuk mengatasi semua cabaran yang dihadapi negara khususnya dalam memerangi wabak COVID-19,” katanya semasa melancarkan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri dan Program Kibar Jalur Gemilang di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Beliau berkata, bulan kebangsaan harus menjadi platform bersama bagi semua rakyat Malaysia memupuk kekuatan bersama demi negara dan kemajuan negeri Sabah.

Dalam majlis itu, Hajiji menyampaikan helaian Jalur Gemilang kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Negeri, Datuk Dr Zulkapli
Mohamed, Tan Sri T C Goh mewakili Dewan Perdagangan Industri, Dr Rahimatsah Amat bagi pihak badan bukan kerajaan dan Kinabalu Renjer Kanan Taman- Taman Sabah, Engelbert Panil.

Renjer Kanan Taman-Taman Sabah, Engelbert Panil menerim bendera dari Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS)…

Sempena sambutan perayaan Hari Kebangsaan peringkat negeri tahun ini, Jalur Gemilang dan bendera Sabah akan dikibarkan di puncak Gunung Kinabalu oleh renjer taman diketuai oleh Engelbert.

Lebih daripada 20,000 bendera kebangsaan dan negara sedang diedarkan kepada orang ramai dan sektor-sektor swasta sempena bulan ini.