Membuat sesuatu kebajikan atau kebaikan tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama sudah tentu datang dari niat yang baik, dan ianya satu amalan yang harus dipraktikkan orang ramai.
Satu video yang memaparkan kebaikan demikian menerusi aplikasi TikTok baru-baru ini telah menarik perhatian netizen, di mana seorang budak lelaki bertindak membelikan selipar baharu untuk seorang lelaki tua.
Menerusi video tersebut, seorang warga emas yang dilihat sedang duduk di hadapan sebuah kedai telah didatangi sekumpulan budak lelaki.
Rasa kasihan apabila menyedari bahawa selipar yang dipakai oleh warga emas itu kelihatan sudah rosak, salah seorang budak lelaki bertindak membelikan sepasang selipar baharu untuk diberi kepadanya.
Namun, selipar yang dibawa oleh budak lelaki itu bukanlah pada saiz yang sesuai.
Bagaimanapun, budak lelaki itu sanggup berkali-kali keluar masuk kedai tersebut untuk mendapatkan saiz yang sesuai dengan warga emas itu…
Kisah menyayat hati itu telah menarik perhatian ramai netizen dan rata-rata telah memuji perbuatan budak lelaki berkenaan.
“Dik, semoga kau tak terpengaruh dengan benda-bebda tak elok dan teruskan sifat baik kau tu sampai bila-bila. The world needs people like you,” kata seorang pengguna, @ShuanaAW.
“This kid is the future of this country and I’m happy (Kanak-kanak ini adalah masa depan negara ini dan saya gembira dengannya),” kata @Bridge.
Sementara itu, para netizen berkata, perilaku kanak-kanak lelaki tersebut adalah hasil daripada didikan ibu bapa yang baik.
“Inilah cara mendidik yg betul dibagi oleh ibu bapa… bukan semata mata nak lulus cemerlang di bidang akademik…tahniah!” kata @PatrickGo…
“Adik yang hebat … didikan hebat dari org tua,” kata seorang lagi pengguna Tiktok.