KUALA LUMPUR – Sebanyak 186 KES baharu Variant of Concern (VOC) iaitu varian Omicron (B.1.1.529) telah dilaporkan setakat dari 14 Januari 2022 sehingga 18 Januari baru-baru ini, demikian lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM dalam satu kenyataan berkata, Integrative Pharmacogenomics Institute, Universiti Teknologi MARA (iPROMISE-UiTM) telah mengenal pasti 46 kes baharu, The Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre, Universiti Malaya (TIDREC-UM)telah mengenal pasti 43 kes baharu.
Manakala Malaysia Genome and Vaccine Institute (MGI) telah mengenal pasti 43 kes baharu, Institute of Medical Research (IMR) telah mengenal pasti 28 kes baharu, dan Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) telah mengenalpasti 26 kes baharu.
“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 6,432 kes,” menurut kenyataan itu.
“Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 6,412 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI,” katanya lagi.
Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
- 5,726 kes varian Delta;
- 439 kes varian Omicron;
- 233 kes varian Beta; dan
- 14 kes varian Alpha
Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
- 13 kes varian Theta;
- Empat (4) kes varian Kappa; dan
- Tiga (3) kes varian Eta





