KM Hajiji Alu-alukan Lebih Banyak Kerjasama Dengan Petronas

KM Hajiji Alu-alukan Lebih Banyak Kerjasama Dengan Petronas

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik komitmen Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk meneroka kerjasama lanjut bagi memperluas penyertaan Sabah dalam industri minyak dan gas.

Perkara itu dizahirkan dalam pertemuan Ketua Menteri bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, yang berlangsung di sini, hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, Ketua Menteri telah diberi taklimat mengenai hala tuju kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Petronas, termasuk status semasa operasi syarikat petroleum nasional itu di Sabah.

Tengku Muhammad Taufik turut memaklumkan mengenai usaha bantuan banjir yang digerakkan Petronas bagi menyokong inisiatif Kerajaan Negeri membantu komuniti yang terjejas akibat bencana banjir di Sabah baru-baru ini.

Delegasi Petronas yang hadir dalam pertemuan itu turut disertai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas & Maritim, Datuk Adif Zulkifli; Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Datuk Bacho Pilong; serta Naib Presiden Hubungan Strategik & Komunikasi Kumpulan, Ir. Norafizal Mat Saad bersama beberapa pegawai kanan syarikat.

Kerajaan Negeri komited untuk terus memperkukuh hubungan strategik dengan Petronas dalam usaha merancakkan pembangunan sektor minyak dan gas, sekali gus meningkatkan manfaat ekonomi kepada rakyat Sabah.