KUALA LUMPUR, SABAH – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-137 di Parlimen di sini, hari ini.
Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mesyuarat itu merupakan pendahuluan kepada mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Antara isu yang dibincangkan adalah berkait dengan pembangunan yang melibatkan semua negeri dalam Malaysia.
Ketua Menteri akan mengiringi Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang diadakan selama dua (2) hari bermula esok di Istana Negara.
Sementara itu, Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Sulaiman Md Ali di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 selepas kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu.
Sulaiman duduk di bersebelahan dengan Ketua Menteri Sabah semasa mesyuarat itu.