KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT EWON DAN ARMIZAN

KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT EWON DAN ARMIZAN

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tengah) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd.Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick semasa menerima kunjungan hormat mereka di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada dua orang Menteri Persekutuan dari Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Mereka ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd.Ali dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Datuk Ewon Benedick.

Ini merupakan kunjungan hormat pertama mereka kepada Hajiji selepas dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kedua-dua menteri berkenaan telah memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program dan tanggungjawab yang akan dilaksanakan oleh mereka dan kementerian dalam membantu pembangunan negeri Sabah. 

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Armizan dan Ewon dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan, yakin kedua-dua pemimpin muda ini mampu melaksanakan tugas dan amanah yang diharapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan rakyat negeri ini.