KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT NIK NAZMI DAN FADHLINA SIDEK

KM HAJIJI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT NIK NAZMI DAN FADHLINA SIDEK

0
SHARE

Ketua Menteri Terima Kunjungan Hormat Nik Nazmi dan Fadhlina Sidek

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Encik Nik Nazmi Nik Ahmad di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama
antara kerajaan negeri dan kementerian khususnya dalam aspek pembangunan
sumber asli dan alam sekitar.

Nik Nazmi berada di Sabah atas lawatan kerja bagi meninjau perkembangan terkini
beberapa projek dan inisiatif di bawah NRECC di negeri ini.

Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, Ketua Setiausaha NRECC, Datuk Rosli Isa, Setiausaha Bahagian Kanan (Bekalan Eletrik), Puan Mareena Mahpudz dan Setiausaha Bahagian (Pembangunan), Hamsha Injau.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Menteri Pendidikan Malaysia,
Fadhlina Sidek dan rombongan terdiri daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali dan Timbalan Pengarah (menjalankan tugas Pengarah Pendidikan Sabah), Mohd Zaini Yanin.

Fadhlina
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan cenderamata kepada Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek semasa menerima kunjungan hormat beliau di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

Hadir sama Armizan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr
Mohd Arifin Mohd Arif.