Kota Kinabalu, Penampang, Putatan Alami Gangguan Bekalan Air Selama 10 Hari

Kota Kinabalu, Penampang, Putatan Alami Gangguan Bekalan Air Selama 10 Hari

0
SHARE
Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Tiga daerah di Sabah termasuk Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan mengalami gangguan bekalan air selama sepuluh hari bermula hari ini hingga 16 Mac 2024.

Perkara itu disahkan menerusi satu notis luar jangka gangguan bekalan air yang dikeluarkan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), di sini, semalam.

“Antara kawasan yang terjejas ialah, KK City Centre, Kepayan, Tg. Aru, KKIA T1, Sembulan, Karamunsing, Signal Hill, Likas, Tg. Lipat, Kolombong, Inanam, Luyang, Bukit Padang.

“Selain itu, Penampang, Kobusak, KDCA, Jalan Penampang Baru, Jalan Penampang-Papar Lama, Jalan Papar Baru, Jalan Pintas, Donggongon, Jalan Panglima Banting/Country Heights Apartments, Jalan Bundusan, Beverly Hills Apartments, Putatan, Kg. Ketiau, Petagas dan kawasan sekitarnya,” kata notis itu.

Jelas notis itu lagi, pengurangan sementara pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Ait Moyog adalah disebabkan kerja penggantian Filter Media No.3 (189 MLD ke 187 MLD).

Tempoh gangguan katanya bermula jam 8 pagi sehingga kerja penggantian selesai.

“Kawasan yang terjejas akan mengalami gangguan bekalan air dan pemulihan adalah secara berperingkat.

“Pelanggan di kawasan terjejas disarankan untuk menyimpan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemah,” tambah kenyataan itu lagi.