Kota Kinabalu, Putatan Dan Penampang Bukan Lagi Dalam Daerah Sama Mulai 7...

Kota Kinabalu, Putatan Dan Penampang Bukan Lagi Dalam Daerah Sama Mulai 7 Jun

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Daerah Kota Kinabalu, Putatan dan Penampang TIDAK LAGI dikategorikan sebagai satu (1) daerah, demikian menurut kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah (COVID-19).

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan media malam ini memaklumkan keputusan tersebut dibuat setelah mengambilkira bilangan kes harian positif COVID-19 ketiga-tiga daerah tersebut yang telah mencapai 70 kes keseluruhannya pada hari ini.

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 07 Jun 2021…(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

Oleh itu, sebagai usaha dalam mengurangkan perjalanan yang tidak perlu maka orang awam tidak dibenarkan untuk rentas daerah KECUALI bagi perkhidmatan perlu (essential services) dan barangan perlu (essential goods).

“Mulai esok (07 Jun 2021) PDRM akan melaksanakan pemeriksaan ketat kawalan larangan rentas daerah yang melibatkan tiga daerah ini,” menurut kenyataan itu.