KPM Pindahkan Sementara Pengetua, PK HEM dan Warden SMKA Tun Datu Mustapha

KPM Pindahkan Sementara Pengetua, PK HEM dan Warden SMKA Tun Datu Mustapha

0
SHARE

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menempatkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden SMKA Tun Datu Mustapha di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan polis berhubung kematian pelajar Zara Qairina selesai.

Langkah itu diambil susulan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman kini mengambil alih siasatan kes tersebut.

Dalam kenyataannya, KPM menegaskan pihaknya akan memberi kerjasama penuh bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh, teliti dan tuntas.

Kementerian itu juga menyifatkan kes berkenaan sebagai keutamaan pada masa ini dan berharap keadilan dapat ditegakkan demi keluarga mangsa serta semua pihak terlibat.