Kumpulan Mafia Itali Jadikan Tikus Sebagai Hidangan Utama Dalam ‘Pesta Perdamaian’

Kumpulan Mafia Itali Jadikan Tikus Sebagai Hidangan Utama Dalam ‘Pesta Perdamaian’

0
SHARE

CALABRIA, ITALI – Kumpulan mafia tempatan di Itali menyimpan hampir beratus ekor tikus yang dipercayai menjadi hidangan utama dalam ‘pesta perdamaian’ mereka.

Memetik laporan pada weirdkaya.com baru-baru ini melaporkan Polis Itali berjaya menangkap TIGA (3) orang ahli kumpulan berkenaan dan merampas beratus-ratus ekor tikus jenis ‘dormice’ dalam satu serbuan di sebuah ladang kanabis di selatan Itali

Beberapa sangkar dipenuhi tikus hidup untuk dibunuh dan makan, manakala polis turut menemui 235 bangkai tikus di dalam peti sejuk beku, demikian menurut laporan itu lagi.

Snek tikus dipercayai popular dalam kalangan anggota mafia ‘Ndrangheta’ yang berpengaruh. Mereka menghidangkan menu tikus kepada tetamu  dalam majlis makan malam bagi tujuan perdamaian

Sesetengah restoran pula sengaja membiarkan ekor tikus tidak dipotong supaya pelanggan tahu haiwan yang mereka sedang makan.

Akhbar Itali, Corriere della Sera turut melaporkan bahawa ketua-ketua mafia Ndrangheta membuat keputusan penting ketika makan hidangan tikus tersebut.

Haiwan itu kerap kali ditangkap untuk dimakan selepas musim sejuk ketika ia masih lemah daripada hibernasi.