Lapan Das Tembakan Menamatkan Nyawa Seekor Lagi Buaya Gergasi Di Lahad Datu

Lapan Das Tembakan Menamatkan Nyawa Seekor Lagi Buaya Gergasi Di Lahad Datu

0
SHARE
Buaya
Buaya gergasi yang ditembak mati mengambil seluruh ruang belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Hidupan Liar Sabah ( Sumber Foto: Ihsan JHL Sabah )

LAHAD DATU, SABAH Lapan das tepat menamatkan seekor buaya gergasi di Kampung Remang, sini, tiga hari selepas seekor lagi dibunuh di Kampung Desa Bajau.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam semalam, Jabatan Hidupan Liar (JHL) mendapati buaya tembaga jantan terlibat berukuran panjang 4.8 meter dengan kelebaran hampir semeter.

Pegawai JHL Lahad Datu Silvester Saimin berkata pihaknya bertindak selepas penduduk kampung melihat buaya berkenaan di belakang rumah.

“Bangkai buaya idibawa ke perumahan JHL Lahad Datu untuk dilupuskan,” katanya sambil menambah ia hampir sama saiz buaya yang turut ditembak mati di Kampung Desa Bajau pada Isnin.

Buaya di Kampung Desa Bajau pada Isnin pula sepanjang lima meter dan seberat 1.2 tan yang memerlukan 7 das tembakan kepada kepalanya.

Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di lokasi bawah kolong kampung atas air itu melaporkan buaya berkenaan bertindak agresif dengan cuba menyerang seorang kanak-kanak.