Lapan Pegawai ESSCOM Ditahan Berhubung Kes Bunuh

Lapan Pegawai ESSCOM Ditahan Berhubung Kes Bunuh

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai lapan orang anggota Polis Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) terdiri empat Pegawai Kanan dan empat lagi pegawai rendah ditahan berhubung kes bunuh.

Dalam kenyataan media Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, kesemua tangkapan ditahan dan direman berkuatkuasa tujuh hari.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas dari Bukit Aman.

“PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana ianya masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan.

“Pihak media juga dipohon agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan tentang isu keselamatan dan kes ini lebih bersifat peribadi,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau mengesahkan berita berkaitan penangkapan berhubung kes tersebut.

Sebelum ini dilaporkan seorang lelaki telah dibunuh di daerah Tawau.

Satu sidang media dijangka akan dibuat selepas tamatnya siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.