Lapor KPDNHEP Jika Minyak Masak Bersubsidi Dijual Mahal – Shahelmey

Lapor KPDNHEP Jika Minyak Masak Bersubsidi Dijual Mahal – Shahelmey

0
SHARE
Datuk Ir. Shahelmey Yahya...

KOTA KINABALU, SABAH – Pemantauan yang dilakukan Datuk Ir Shahelmey Yahya menemukan 9 daripada 10 kedai di sekitar sini dan Putatan kehabisan minyak paket bersubsidi.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah itu berkata terdapat 37 pembungkus minyak masak bersubsidi di Sabah sebelum keperluan itu sampai ke pemborong.

“Subisidi minyak ditiadakan kecuali untuk minyak paket sekilo berharga RM2.50…

“Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM4 bilion untuk subisidi ini.

“Pengguna digesa menunaikan hak mereka terutama apabila melalui keadaan semua harga barang hampir naik. 

“Jika ada peniaga yang menaikkan harga terlalu berlebihan maka pengguna boleh melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk tindakan dibawah akta pencatutan,” katanya.

Beliau berkata beza minyak paket bersubsidi dengan sekilo minyak botol adalah RM6.50.

Dengan itu beliau berkata perbezaan ketara itu mendatangkan penkghianat yang cuba menyeludup minyak subsidi tersebut.

“Harga minyak botol sawit sekilo RM9. Jadi ada beza RM6.50 sen yang menimbulkan potensi penyalah gunaan,” katanya.