Lawrence Guandi Dilantik Sebagai CEO Baharu KKIP

Lawrence Guandi Dilantik Sebagai CEO Baharu KKIP

0
SHARE
Dr. Joachim (kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Lawrence yang disaksikan oleh Thomas Logijin...

KOTA KINABALU, SABAH – Lawrence Guandi Kimkuan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) K.K.I.P Sdn. Bhd. yang baharu, menggantikan Datuk Melvin Disimon yang telah bersara.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Dr. Joachim Gunsalam, menyerahkan watikah pelantikan kepada Lawrence di pejabatnya di Wisma Kewangan hari ini, disaksikan oleh Setiausaha Tetap MID, Thomas Logijin.

Dr. Joachim turut mengucapkan tahniah dan selamat bertugas.

Beliau berharap agar kerjasama antara K.K.I.P Sdn. Bhd. dan MID akan terus terjalin dan maju ke hadapan selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).