Lebih 13,000 Kanak-Kanak Terbunuh Dalam Serangan di Gaza

Lebih 13,000 Kanak-Kanak Terbunuh Dalam Serangan di Gaza

0
SHARE
Keadaan kanak-kanak Gaza yang terpaksa berdepan dengan situasi perang.

GAZA: Lebih 13,000 kanak-kanak terbunuh dalam serangan di Gaza, manakala terdapat ribuan lagi yang cedera parah dan masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan serta ramai yang menderita akibat kebuluran.

Agensi Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan, tidak pernah melihat kematian kanak-kanak sebegini besar dalam mana-mana perang atau konflik sebelum ini di dunia. 

Pengarah Tabung Kanak-Kanak PBB, (UNICEF), Cathrine Rusell turut berkongsi pengalaman melawat wad kanak-kanak yang menderita akibat kekurangan makanan.

“Seluruh wad sunyi sepi kerana kanak-kanan dan bayi tidak lagi berdaya untuk menangis,” kongsinya.

Ia diburukkan lagi dengan birokrasi yang menyebabkan rombongan konvoi tidak dapat menghantar bantuan ke Gaza yang amat kritikal sekarang.

Kecaman antarabangsa semakin meningkat terhadap Israel akibat peningkatan kematian orang awam dan krisis kebuluran di Gaza.

Ditambah pula dengan dakwaan sekatan bantuan kemanusiaan ke wilayah dilanda konflik terburuk itu.