DOHA – Sebuah keluarga dari Brazil dikatakan telah memeluk agama Islam dalam sebuah masjid ketika berada di Doha bagi menyaksikan Piala Dunia FIFA Qatar 2022.
Sekeluarga enam berkenaan terdiri daripada pasangan suami isteri serta tiga anak perempuan dan seorang lelaki.
Dalam satu video yang dimuat naik laman Twitter @ArianaNews_ mereka dilihat sedang mengucap Syahadah sambil dipimpin oleh seorang uztaz.
VIDEO tular menunjukkan sekeluarga dari Brazil memilih untuk memeluk agama Islam tanpa paksaan ketika berada di Qatar bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022…
Terdahulu, seorang penyokong dari Mexico juga memeluk Islam di sebuah masjid di perkampungan budaya Katara di Doha pada hari kedua kejohanan bola sepak itu berlangsung.
Da’i Al-Yafei menulis di laman Facebook miliknya bersertakan video: “Lelaki ini masuk ke masjid untuk mempelajari budaya umat Islam, lalu saya jelaskan kepadanya tentang rukun iman, dan Islam itu agama semua nabi.
“Kemudian lelaki ini berkata ingin berada dengan agama para nabi dan memilih untuk memeluk Islam. Saya ulangi kepadanya, adakah sesiapa memaksa anda melakukan itu? Dia mengesahkan tiada siapa yang memaksanya…
“Dia memberitahu kami bahawa dia ingin menjadi seorang Muslim kerana keinginannya sendiri. Segala puji bagi Allah SWT yang melapangkan dadanya dan mencerahkan hatinya. Kami memohon kepada Allah SWT untuk ketabahan untuk dia dan juga kami semua,” katanya.
Pemelukan agama Islam peminat dari Mexico dan keluarga dari Brazil itu dialu-alukan secara meluas oleh pengguna media sosial yang menyatakan kegembiraan mereka dan mengucapkan tahniah.
Pendakwah terkemuka Majid Freeman menerusi cipaannya di Twitter mendakwa jumlah 500 itu berdasarkan keterangan daripada beberapa Da’i di Doha.
“Allahu Akbar! Beribu pemiat bola sepak dari seluruh dunia berada di Qatar. Semoga mereka mendapat hidayah dan melihat keindahan Islam. Semoga Allah SWT membimbing mereka.”
Seorang lagi pengguna laman media sosial itu, Abu Siddiq berkata jumlah angka sebenar adalah 558.