Lebih 700 Kanak-Kanak Yatim Dan Asnaf Berpeluang Dapat Baju Raya Dalam Jelajah...

Lebih 700 Kanak-Kanak Yatim Dan Asnaf Berpeluang Dapat Baju Raya Dalam Jelajah Iftar KTC Dan UPPM Sabah

0
SHARE
Datuk Dexter Lau ketika berucap pada Jelajar Iftar di Beaufort.

BEAUFORT: Seramai lebih 700 kanak-kanak yatim dan juga asnaf berpeluang mendapat baju raya baharu di seluruh Sabah sepanjang Jelajah Iftar Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) berlangsung di 25 kawasan di negeri ini.

Peluang kanak-kanak tersebut mendapat baju raya baharu itu adalah menerusi program membeli belah baju raya kanak-kanak yatim dan asnaf yang diselitkan dalam program Jelajah Iftar ini.

Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berkata, aktiviti seperti jelajah ini tidak dapat dilaksanakan sekiranya tanpa bantuan jentea daripada Pengarah UPPM negeri Sabah dan juga UPPM di setiap 25 kawasan. 

“Bukan senang untuk mengatur perjalanan jelajah ini dan ini perlu melibatkan semua pihak.

“Terdapat juga banyak kenangan manis dan sedih di sepanjang perjalanan jelajah ini yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit terutama yang melibatkan program membeli belah baju raya kanak-kanak. 

“Jumlah keseluruhan 700 orang kanak-kanak yatim dan asnaf berpeluang mendapatkan baju raya baharu bagi tahun ini,” katanya pada Majlis Jelajah Iftar yang terakhir di Beaufort, semalam.

Tambah Dexter, berjumpa sahabat baru dan lama juga turut menjadi kenangan yang tidak akan dapat dilupakan oleh beliau.

Turut hadir dalam Jelajah Iftar semalam adalah, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih; Pembantu Menteri Kerja Raya merangkap ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury; Pengarah UPPM Sabah, Datuk Awang Kadin Tang; Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah; Pegawai Perhubungan Parlimen, Jalaludin Kadir; Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Arjun dan Pegawai Daerah Kuala Penyu, Sebastian Ingkim.

Dalam program tersebut, seramai 20 penerima sumbangan daripada Qazanah Sdn Bhd selain 250 penduduk diraikan sempena berbuka puasa. 

Untuk rekod, 25 kawasan yang terlibat dalam Jelajah Iftar tahun ini termasuklah, Merotai; Tawau; Semporna; Lahad Datu; Kinabatangan; Beluran; Kota Kinabalu/Penampang; Papar; Putatan; Kimanis; Batu Sapi/Sandakan/Libaran; Ranau; Tuaran; Kudat; Kota Marudu; Kota Belud; Sepanggar; Sipitang; Keningau/Tenom/Nabawan dan Beaufort.