Lebih Seribu Umat Islam Ikuti Forum Perdana Ehwal Islam

Lebih Seribu Umat Islam Ikuti Forum Perdana Ehwal Islam

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Lebih 1,000 umat Islam mengikuti Forum Perdana Ehwal Islam yang bersiaran secara langsung di tv1.

Forum yang dibawakan khas oleh Jabatan Penyiaran Malaysia itu bersiaran mulai jam 10 malam dari Dewan Masyarakat dan dikendali moderator dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Hariri Mohd Daud dan pembantunya, Nabil Ahmad. 

Turut hadir menyaksikan forum berkenaan ialah Menteri Tugas – tugas Khas, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ramlan Awang Ali dan Setiausaha, Sapdin Ibrahim.

Program bual bicara setiap malam Jumaat tersebut membawakan tajuk “Kasih Tanpa Syarat” dengan mengetengahkan tiga panel iaitu Timbalan Yang DiPertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Mualaf Sabah, Prof. Datuk Chm Ts Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin dan Tokoh Maulidur Rasul Sabah 2021, Datuk Ab. Jamal Sakaran.

Terdahulu, Arifin diiringi Sapdin dan Ramlan menyampaikan hadiah kepada Johan Pertandingan Marhaban, Kumpulan Ansarullah Taman Nuri Batu 7 dan Johan

Pertandingan Kompang, Kumpulan Nur Iman Kg Karamunting.

Pada awal majlis, dewan bergema dengan alunan marhaban dan selawat yang dipersembahkan oleh Persatuan Hadrah Zikir dan Solawat Al Khairaat Sabaah Daerah Sandakan di bawah pimpinan Habib Idrus Abdullah Al Jufri dari Majlis Talim Al Khairaat Kota Pulau Sulawesi Selatan Indonesia.