Tun Juhar, Isteri Tiba Di Sandakan

Tun Juhar, Isteri Tiba Di Sandakan

0
SHARE
Doa dibacakan sejurus keberangkatan tiba Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah...

SANDAKAN, SABAH – Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah telah tiba di Sandakan hari ini.

Beliau dan isteri, dijadualkan menyertai beberapa acara sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah Tahun 1444H/2022M, mulai petang ini.

Hadir menyambut Tun Juhar dan rombongan di Lapangan Terbang Sandakan ialah Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Benedict Asmat, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek,

Setiausaha yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Ramlan Awang Ali.