PETALING JAYA – Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia terkandas apabila apabila dikejutkan pemain China, Zhao Jun Peng pada Kejohanan Badminton Dunia semasa pusingan ketiga, petang tadi.
Hasrat Zii Jia untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan tersebut tidak kesampaian apabila beliau tumpas ke atas pemain China tersebut dengan set 19-21, 21-11, 19-21 dalam tempoh 65 minit.
Di atas kertas, Zii Jia memiliki segala kelebihan apabila pernah menang sekali ke atas Zhao Jun Peng pada Terbuka Jerman, Mac lalu, selain turun sebagai pilihan kelima kejohanan.
Sebaliknya perkara berbeza berlaku apabila Zii Jia kelihatan bergelut sejak set pertama dan perkara sama berulang di penghujung set ketiga…
Malaysia kini hanya bergantung kepada tiga wakil di suku akhir esok, selepas beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta dua gandingan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai serta Tan Kiang Meng-Lai Pei Jing cemerlang menewaskan lawan masing masing