Lelaki Cedera Selepas Kereta Dipandunya Terbabas Dan Masuk Parit

Lelaki Cedera Selepas Kereta Dipandunya Terbabas Dan Masuk Parit

0
SHARE
Sumber: Foto Ihsan JBPM Sabah

BEAUFORT: Seorang lelaki cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan One, Beaufort di sini, pada subuh tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohamad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan pada lebih kurang jam 3.02 pagi tadi.

“Dilaporkan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda, iaitu Toyota Hilux yang dipandu mangsa terbabas sendiri dan masuk ke dalam parit.

“Mangsa, Yong Lee Man, 35 tahun telah keluar dari kenderaan sendiri sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Pasukan bomba kemudian bertindak membantu mangsa keluar dari parit dan seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud, operasi kemudian ditamatkan pada jam 3.22 pagi.