Lelaki Mabuk Rogol Dan Bunuh Warga Emas Berusia 74 Tahun

Lelaki Mabuk Rogol Dan Bunuh Warga Emas Berusia 74 Tahun

0
SHARE
Anggota Polis Indonesia memasang garisan kuning di sekeliling rumah mangsa bagi proses siasatan lanjut...(Sumber Foto: Suara.com)

JAKARTA, INDONESIA – Seorang warga emas berusia 74 tahun menjadi mangsa rogol dan bunuh seorang lelaki mabuk di sini, baru-baru ini.

Suspek seorang lelaki yang dikenali sebagai ARH, 35, berasal dari daerah Samosir dalam wilayah Sumatera bakal berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana disyaki melakukan tindakan jenayah itu dalam keadaan mabuk di rumah mangsa.

Memetik laporan Suara.com, pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Polis Samosir, Asisten Komisioner Polis Suhartono, dalam kejadian yang berlaku pada 29 September lepas, suspek telah pergi ke rumah mangsa selepas meminum arak.

Mangsa yang sedang tidur membuka pintu rumahnya dan menyuruh suspek yang merupakan rakan kepada salah seorang ahli keluarganya tidur di rumahnya sementara dia kembali tidur di dalam biliknya.

Kira-kira pada jam 1 pagi, suspek secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik mangsa dengan memanjat dinding dan cuba memperkosa mangsa.

Mangsa yang cuba melawan kemudiannya dicekik oleh suspek sehingga meninggal dunia.

“Ketika menyedari bahawa mangsa telah meninggal dunia, suspek bertindak merogol mayatnya dan menyambung tidur sebelum keluar dari rumah itu sekitar pukul 6 pagi,” kata Suhartono.

Ahli keluarga yang berasa curiga kerana mangsa tidak keluar dari rumah kemudiannya membuka pintu bilik mangsa sebelum menemui mayatnya.

“Suspek ditangkap ketika ingin melarikan diri beberapa jam selepas kejadian,” kata Suhartono.