Lembu Kurang Kentut Bantu Kurangkan Pemanasan Global – Saintis

Lembu Kurang Kentut Bantu Kurangkan Pemanasan Global – Saintis

0
SHARE

EDINBURGH, SCOTLAND – Lembu yang didapati kurang kentut kini diburu oleh sekumpulan Saintis di sini bagi membuat kajian menyeluruh terhadap haiwan tersebut.

Ini kerana, memetik laporan The Sun baru-baru ini mendedahkan lembu yang kurang kentut dapat mengurangkan pencemaran udara akibat pengeluaran gas metana.

Sekumpulan Saintis mendakwa haiwan seperti lembu, biri-biri dan kambing akan menghasilkan gas metana menerusi kentut dan sendawa yang menyumbang kepada 14 peratus (14%) pemanasan global ketika ini.

Mereka (Sekumpulan Saintis) memaklumkan dalam kajian bahawa kawanan lembu yang mesra alam dipercayai akan menghasilkan gas metana lebih rendah sekali gus menurunkan kadar kerosakan pada alam sekitar.

Menurut kajian itu juga, setiap hari seekor lembu dapat menghasilkan 160 liter hingga 320 liter gas yang mempunyai 28 kali potensi pemanasan global karbon dioksida atau CO2.

Saintis-saintis masih mencari lembu-lembu yang menghasilkan gas metana paling sedikit dan akan membiakkannya menjadi kawanan terkawal.

Pakar-pakar juga sedang menguji beberapa jenis makanan untuk haiwan ini supaya bebas kentut.

Wakil Persatuan Pemelihara Lembu Aberdeen, Barrie Turner  berkata, usaha mengenainya sudah dilakukan sejak 2015 lagi.

“Pihak kami sedar bahawa lembu menghasilkan kentut yang memberi impak negatif pada alam sekitar…

“Kami sedang membina profil genom untuk memilih lembu yang paling mesra karbon yang akan menghasilkan  perbezaan dalam jangka masa panjang,” jelas Turner.