KOTA KINABALU, SABAH – Lima kenderaan termasuk sebuah motosikal musnah setelah sebuah bengkel kereta di Kampung Pulutan di Jalan Kolonsi, Menggatal, sini terbakar pada kira-kira 10.15 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata struktur berkeluasan 40×20 kaki tersebut terbakar 100 peratus.
“Turut terbakar lima buah kenderaan iaitu sebuah Proton Iswara dan Perdana dan sebuah motosikal Honda Ex5 terbakar 100 peratus mankala sebuah Perodua Kembara dan sebuah Jeep terbakar 30 peratus.
“Sebuah kenderaan jenis Suzuki Jimny berjaya diselamatkan daripada terbakar,” katanya.
Dalam pada itu, disamping menjelaskan tiada mangaa terlibat, operasi pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dan sumber air dari jentera.
“Operasi terkawal pada jam 10.56 pagi,” katanya.