LOMPATAN ABDUL LATIF BAWA PINGAT EMAS KETIGA BUAT MALAYSIA DI TOKYO

LOMPATAN ABDUL LATIF BAWA PINGAT EMAS KETIGA BUAT MALAYSIA DI TOKYO

0
SHARE
Jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly menghadiahkan pingat emas ketiga buat Malaysia...

KUALA LUMPUR – Jaguh lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly menghadiahkan pingat emas ketiga buat Malaysia dalam acara final lompat jauh (T20) yang berlangsung di Stadium Olimpik Tokyo pada jam 6 petang (waktu tempatan).

Atlet kelahiran Kangar yang berusia 24 tahun itu berjaya mengekalkan emas yang dimenanginya lima tahun di Paralimpik Rio 2016 apabila melakukan lompatan sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan kedua dalam aksi final Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Walaupun lompatan keempatnya dibatalkan, Abdul Latif mencatat 7.26 (m) bagi lompatan pertama, 7.45 m (lompatan kedua), 7.24 m (lompatan ketiga) dan 5.56 m (lompatan kelima).

Atlet lompat jauh paralimpik negara Abdul Latif Romly mengalami kecederaan pada bahagian kakinya selepas melakukan lompatan yang kelima…

Abdul Latif yang juga pemegang rekod dunia dengan lompatan 7.64 meter (m) pada Sukan Paralimpik Rio 2026 lalu tidak meneruskan lompatan terakhirnya selepas mengalami kecederaan pangkal paha ketika melakukan lompatan kelima.

Jadi, keputusan memberikan pingat emas kepada Abdul Latif, pingat perak pula dimiliki Atlet dari Greece, Athanasios Prodromou dengan catatan terbaik 7.17m. Manakala Nicholas Hum dari Australia memiliki pingat Gangsa dengan catatan 7.12m.

Terdahulu, Malaysia meraih DUA (2) pingat emas menerusi jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin dan pemain badminton para bagi kategori SU5, Cheah Liek Hou.

Bonnie Bunyau Gustin…
Cheah Liek Hou hadiahkan pingat emas kedua buat Malaysia pada final badminton perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal) Sukan Paralimpik Tokyo 2020…