Lori Bawa Barang Basah Terbakar di Jalan Kingfisher Inanam

Lori Bawa Barang Basah Terbakar di Jalan Kingfisher Inanam

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sebuah lori Daihatsu Gran Max membawa muatan barang basah terbakar 100 peratus di Kingfisher Inanam Jalan Kionsom, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas , Laupin Nuar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.58 petang. 

Susulan itu, katanya, seramai 10 anggota Bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 4 kilometer dan tiba pada jam 2.05 petang.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dengan kaedah ‘offensive’ sumber air dari tangki jentera. 

“Tiada mangsa terlibat dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.