Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Papar Terbakar

Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Papar Terbakar

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Blok asrama institut agama Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di Kg Sungai Padang sini terbakar dalam kejadian 5.30 pagi tadi.

Jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan struktur jenis kekal berkeluasan 15×80 kaki itu telah terbakar 40 peratus.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan 1 aliran 300 kaki dengan 2 pancutan sumber air dari pili bomba berhampiran…

“Situasi terkawal pada jam 6.25 dan ditamatkan pada jam 6.41,” katanya sambil menambah tiada mangsa dilaporkan terlibat.