
NEW YORK – Israel diberi tempoh selama setahun (1 Tahun) untuk keluar daripada wilayah Palestin iaitu wilayah yang diduduki mereka sekarang atau tidak akan mengiktiraf negara Yahudi berdasarkan sempadan sebelum 1967, demikian menurut Presiden Palestin, Mahmud Abbas dengan tegas.
Menurut AFP yang memetik ucapan Presiden Palestin itu secara maya kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abbas meminta Setiausaha Agung pertubuhan itu, Antonio Guterres untuk mengadakan persidangan damai antarabangsa.
Tetapi seiring dengan permintaan itu, beliau juga mengeluarkan tuntutan akhir.
“Kita harus menyatakan bahawa Israel, memiliki satu tahun untuk keluar daripada wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967, termasuk Baitulmaqdis Timur,” katanya.
Abbas juga berkata, bahawa rakyat Palestin sedia bekerja sepanjang tahun untuk menyelesaikan status akhir negara Israel dan Palestin selaras dengan resolusi PBB.
“Tetapi jika ini tidak tercapai, mengapa mempertahankan iktiraf Israel berdasarkan sempadan 1967?” katanya.
Abbas berkata, rakyat Palestin juga akan pergi ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai masalah legitimasi pendudukan negara Palestin.
Proses perdamaian untuk mencapai penyelesaian dua negara antara di Timur Tengah menemui jalan buntu selama bertahun-tahun Israel menolak tuntutan pemimpin Palestin.
Bagaimanapun, Duta Israel ke PBB, Gilad Erdan, berkata kenyataan Abbas itu sekali lagi membuktikan bahawa dia tidak lagi relevan.
“Mereka yang benar-benar menyokong perdamaian dan rundingan tidak mengancam ultimatum khayalan daripada platform PBB seperti yang dilakukan dalam ucapannya,” katanya.