MALAYSIAKINI BERNIAT JAHAT & JIJIK SEBAR FITNAH TERHADAP KETUA MENTERI — LAPORAN...

MALAYSIAKINI BERNIAT JAHAT & JIJIK SEBAR FITNAH TERHADAP KETUA MENTERI — LAPORAN POLIS DIBUAT HARI INI

0
SHARE
Tangkap layar (screenshot) daripada portal berita Malaysia Kini...

KOTA KINABALU, SABAH – Portal Malaysiakini pada 18 November lalu telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk “‘Tahun hilang’ hak 40% Sabah: Hajiji enggan cabar pendirian PM” yang menimbulkan bantahan apabila laporan tersebut didakwa memutar belit ucapan sebenar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengenai tuntutan 40 peratus (40%) hasil negeri.

Aktivis masyarakat, Abdullah Muhammad yang hadir dalam program di Kota Belud, menegaskan bahawa laporan Malaysiakini itu bukan sahaja tidak tepat, malah bersifat berniat jahat dan cuba membentuk persepsi negatif terhadap kepimpinan Hajiji.

Menurut Abdullah, ucapan Hajiji pada majlis tersebut adalah jelas dan tegas, khususnya dalam menegaskan bahawa Sabah tidak akan berkompromi dalam tuntutan 40 peratus (40%) hasil seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

“Hajiji secara terang menyatakan tiada kompromi dalam isu 40 peratus. Itu ditekankan berulang kali. Namun artikel Malaysiakini menggambarkan seolah-olah beliau enggan mencabar pendirian Perdana Menteri. Itu tidak benar dan sangat mengelirukan,” katanya.

Abdullah turut menjelaskan bahawa Hajiji dalam ucapannya mendedahkan bahawa mesyuarat pertama antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan 40 peratus (40%) telah berlangsung dua hari sebelum itu, membuktikan bahawa isu tersebut merupakan agenda teras kerajaan negeri.

“Jika Ketua Menteri tidak serius, tidak mungkin mesyuarat pertama sudah diadakan. Malaysiakini sengaja tidak melaporkan perkara ini untuk membina naratif negatif,” tegasnya.

Beliau menambah bahawa Hajiji turut berkongsi bagaimana dalam beberapa siri mesyuarat MA63 sebelum ini, beliau merupakan antara pemimpin negeri yang paling lantang bersuara mempertahankan hak Sabah sehingga ditegur sendiri oleh Perdana Menteri.

“Perkara penting ini langsung tidak dimasukkan dalam laporan Malaysiakini. Mereka hanya memilih fakta yang sesuai dengan agenda mereka,” katanya.

Susulan laporan tersebut, Abdullah mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat hari ini oleh beberapa NGO dan aktivis Sabah bagi mendesak siasatan ke atas portal berkenaan.

Beliau turut menimbulkan persoalan mengenai kecenderungan portal itu yang sebelum ini banyak memberi ruang kepada individu tertentu yang dikaitkan dengan kontroversi mineral di Sabah, dan mengingatkan rakyat agar berhati-hati dengan laporan media luar yang membawa agenda tersirat.

SabahNews akan terus mengikuti perkembangan laporan polis tersebut dan menyiarkan maklumat lanjut apabila diperoleh.