Mangsa Banjir Ditempatkan Di PPS Catat Peningkatan Seramai 464 Orang

Mangsa Banjir Ditempatkan Di PPS Catat Peningkatan Seramai 464 Orang

0
SHARE
Banjir
Operasi bomba menyelamatkan mangsa banjir di Penampang ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) mencatatkan peningkatan seramai 464 orang membabitkan empat daerah termasuk satu daerah kecil setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sabah, mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Dewan Kebudayaan Penampang mencatatkan peningkatan seramai 279 orang.

Manakala mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Sri Putatan mencatatkan penurunan seramai 138 orang.

Sementara itu, mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh, Tuaran dan Dewan Balai Raya Kampung Bontoi, Tamparuli masih kekal di mana masing-masing mencatatkan seramai 29 dan 18 orang.