Maritim Rampas 42 Bungkusan Dadah di Perairan Sepanggar

Maritim Rampas 42 Bungkusan Dadah di Perairan Sepanggar

0
SHARE

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merampas 42 bungkusan disyaki dadah selepas menerima serahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang hanyut berhampiran Stesen PAPA TLDM pada malam Isnin.

Pengarah Maritim Negeri, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata pemeriksaan awal TLDM menemukan tiga bungkusan disorok di bahagian bilges.

Susulan itu, pemeriksaan lanjut menemui 39 lagi di dalam tangki air, menjadikan keseluruhan 42 bungkusan.

“Kesemua bungkusan dipercayai mengandungi bahan terlarang disyaki dadah dan sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan,” jelasnya dalam sebuah kenyataan.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.