Maritim Tahan Suspek Syabu di Perairan Kudat

Maritim Tahan Suspek Syabu di Perairan Kudat

0
SHARE

KUDAT: Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan kerana disyaki membawa syabu menggunakan bot tanpa nombor pendaftaran, dalam operasi khas Maritim Malaysia Zon Kudat pada Rabu.

Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, suspek dikesan menaiki bot mencurigakan berhampiran Terminal Jeti Feri Kudat.

“Pemeriksaan menemui dua bungkusan kecil berisi hablur putih yang disyaki dadah,” katanya.

Bot bersama suspek diiring masuk ke Jeti Marina Kudat sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan lanjut. Nilai dadah dianggarkan RM1,500.

Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah kerana kegagalan mempamerkan lesen sah.

Hasbullah menegaskan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah di laut, khususnya pengedaran dadah yang semakin membimbangkan.