MASAKAN TERAKHIR SEORANG IBU PESAKIT KANSER BUAT JUTAAN MENANGIS

MASAKAN TERAKHIR SEORANG IBU PESAKIT KANSER BUAT JUTAAN MENANGIS

0
SHARE
Seorang lelaki di China yang merakamkan ibunya memasakkannya sebagai hidangan terakhir ketika dia sedang nazak akibat trend kanser di media sosial tanah besar...(Sumber Foto: SCMP)

DAILAN, CHINA – Video seorang ibu yang nazak sempat memasak hidangan terakhir buat anaknya sebelum meninggal dunia akibat kanser menjadi viral di Dailan, China baru-baru ini.

Anak lelakinya, Deng, telah merakam video tanda kasih sayang sejurus sebelum ibunya meninggal dunia awal bulan ini.

Video yang dimuat naik pada lama media sosial Douyin minggu lalu meraih lebih sejuta ‘views’.

Dalam video itu, ibunya yang berkaki ayam dan memakai baju tidur sedang sibuk memasak di dapur diiringi lagu rakyat China terkenal yang bertajuk “Selamat Tinggal”.

Deng menyisipkannya dengan ayat: “Ibu, berehatlah dengan tenang. Tiada apa yang akan mengalahkan saya lagi.”

Deng, yang berusia 20-an, merakam video itu sejurus sebelum ibunya meninggal dunia awal bulan ini, lapor Xiaoxiang Morning Herald.

Dia berkata ibunya, yang merupakan seorang yang kuat dan berdikari, disahkan menghidap kanser pada Februari tetapi tidak memberitahu keluarganya kerana tidak mahu mereka bimbang.

Arwah hanya membenarkan Deng menemaninya untuk rawatan perubatan untuk kanser yang tidak dinyatakan dalam laporan tersebut.

Deng berkata, ibunya telah menjalani tiga kali kemoterapi, tetapi walau betapa peritnya, dia tidak pernah merungut.

Dia berkata beberapa hari selepas ibunya menjalani sesi kemoterapi ketiga, ibunya tiba-tiba bertanya kepadanya makanan apa yang dia mahu makan.

“Dia meminta saya pergi ke pasar bersamanya. Kami membeli rumpai laut, kentang dan daging. Selepas pulang ke rumah, dia pergi ke dapur untuk memasak…

“Semasa dia memasak di dapur, saya duduk di ruang tamu. Saya tidak dapat berhenti menangis melihatnya.

“Dia sudah sangat lemah, tetapi dia masih memasak untuk saya. Dia tercungap-cungap dan berehat lama selepas memasak,” katanya.

Deng berkata, hidangan yang terakhir disediakan ibunya itu sama sedap seperti semua masakannya sebelum ini.

“Rasanya sama seperti dahulu. Saya habiskan semua pada makan malam itu. Saya akan ingat rasa masakannya itu selama-lamanya,” kata Deng.

Dalam video terbaru Deng, beliau berkata mungkin ibunya tahu bahawa anak beliau seorang ‘vlogger’.

“Mungkin video itu juga hadiah terakhir yang dia berikan kepada saya,” katanya.

“Kematian bukanlah pengakhiran kasih sayang yang sentiasa wujud. Ianya akan terjus wujud walaupun dalam bentuk lain,” komen seorang penonton.

“Jangan terlalu sedih. Dia hanya mengubah cara untuk menemani anda. Dia adalah angin bersiul melepasi telinga anda. Dia adalah bintang yang anda lihat di langit. Dia tidak pernah meninggalkan anda dan akan sentiasa bersama anda,” tulis seorang lagi.

“Saya telah menjumpai sebekas ladu (dumpling) beku yang dibuat ibu saya di dalam peti sejuk sebulan selepas dia meninggal dunia. Ia mengandungi isian daging kegemaran saya. Saya makan semangkuk ladu ini, dengan setengah mangkuk air mata,” seorang lagi berkongsi pengalaman peribadi mereka.