Masidi Bidas Dakwaan Shafie Samakan Bayaran Hutang SIP Dengan 1MDB

Masidi Bidas Dakwaan Shafie Samakan Bayaran Hutang SIP Dengan 1MDB

0
SHARE
Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Masidi Manjun...

KOTA KINABALU, SABAH – Perbezaan antara 1MDB dengan SMJ Energy membayar hutang Sabah International Petroleum (SIP) melalui bon sukuk ialah tiada sesiapa dalam kerajaan yang mengeluarkan wang itu.

Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun (Gagasan Rakyat– Karanaan) berkata wang yang dikeluarkan dalam skandal 1MDB telah dicuri tetapi bagu kerajaan GRS, bank telah meluluskan pembayaran tersebut

“Kenapa tidak SMJ Energy boleh membantu? Ia baru sahaja mengisytiharkan keuntungan teraudit hari ini sebanyak RM259 juta.

“Jangan risau, kami bukan 1MDB,” katanya kepada (Warisan – Senallang) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Dewan Undangan Negeri pada Rabu.

Shafie bertanya mengapa kerajaan mengambil pinjaman sukuk RM900 untuk membayar hutang SIP.

“SMJ Energy berhutang pada empat peratus faedah daripada peminjam dan menggunakannya untuk membayar hutang SIP melalui Bank Pembangunan Sabah (SDB) pada faedah lapan peratus.

“Ini adalah dua GLC milik kerajaan negeri di mana SMJ Energy diperbadankan Kementerian Kewangan (MOF).

“Tetapi kini tiada lagi bayaran dari SIP. SDB boleh mendapat keuntungan RM60 juta dalam pembayaran,” kata Shafie.

Masidi menjawab bahawa ia adalah aritmetik yang mudah.

“Jika SIP berhutang dengan bank pada kadar faedah lapan peratus tetapi melalui sukuk ia hanya empat peratus, mana yang lebih baik? Logik mudah kan.

“Selagi SIP tidak membayar hutangnya kepada SDB maka ia tidak boleh untung.
Malah SIP tidak mempunyai cukup untuk memberi faedah.

“Saya bukan ahli ekonomi seperti Shafie tetapi saya mempunyai buku 555 saya di mana saya dapat melihat bahawa 1 tambah 1 bersamaan dengan 2.

“Saya melihat sesuatu dengan cara yang mudah. Kerana SIP telah membayar hutangnya, ia kini boleh mendapat keuntungan setiap tahun.

“Anda bertanya tentang kawalan, SIP kini adalah anak syarikat SMJ Energy yang berada di bawah Ketua Menteri (Pemerbadanan),” katanya.

Shafie seterusnya berhujah bahawa 1MDB Sdn Bhd juga diperbadankan MOF, tetapi selepas skandal itu ia menjadi beban kepada kerajaan yang beliau samakan dengan SIP-SMJ Energy.

Dewan kemudian meletus apabila Masidi menjawab: “kalau kamu yakin dengan kaedah kamu, kenapa tidak pakai semasa kamu menjadi Menteri Kewangan?” katanyam

“Come on, hanya 20 bulan…Saya telah merancang masa depan kewangan negeri, Covid ada di sana,” Shafie menjawab sebelum sesi soalan tambahan berakhir.