Polis Nafi Kenyataan Bung Moktar Dadah Dijual Seperti “Pisang Goreng” Di Sabah

Polis Nafi Kenyataan Bung Moktar Dadah Dijual Seperti “Pisang Goreng” Di Sabah

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Kenyataan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang berkata dadah dijual seperti pisang goreng di Sabah adalah tidak benar dan keterlaluan.

Malah, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menjelaskan bahawa statisik tangkapan kes dadah bagi enam bulan pertama 2024 melihat seramai 8,993 ditangkap.

“Jika dibandingkan jumlah tangkapan tahun ini berbanding tahun lalu, tahun ini lebih ramai.

“Jadi kalau ada berita-berita mengatakan bahawa dadah ini dijual seperti ‘goreng pisang’ di Sabah adalah kenyataan yang keterlaluan,” katanya.

Jelasnya, pihak polis juga melakukan rampasan sebanyak 85 kilogram dadah bagi tempoh yang sama.

“Syabu adalah penyumbang utama dengan rampasan sebanyak 71 kilogram.

“Tahun ini juga, ‘spesis’ baru syabu iaitu jenis cair sebanyak 1.4 kilogram telah dirampas.

“Ini ertinya bahawa komitmen dan ketegasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah dalam memerangi isu berkaitan dadah adalah amat serius,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada Selasa.