Masidi Tekan Kepentingan Tadbir Urus Dalam SDB, KOPEKS

Masidi Tekan Kepentingan Tadbir Urus Dalam SDB, KOPEKS

0
SHARE

KOTA KINABALU: Penekanan terhadap kepentingan tadbir urus institusi menjadi fokus utama ketika Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat Sabah Development Berhad (SDB) di pejabat beliau hari ini.

Menurutnya, setiap projek pembangunan perlu dirancang secara mampan agar memberi kesan langsung kepada rakyat dan ekonomi negeri.

“Peranan syarikat berkaitan kerajaan penting sebagai pemacu aktiviti ekonomi setempat serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah,” katanya.

Kunjungan diketuai Datuk Dr Yusuf Yacob itu menjadi platform memperkukuh kerjasama strategik melibatkan pelaburan, pembangunan hartanah dan inisiatif ekonomi sejajar agenda pembangunan negeri.

Yusuf menegaskan komitmen SDB untuk terus melaksanakan projek berintegriti dan menyokong aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Pada hari sama, Masidi turut menerima kunjungan hormat pimpinan Koperasi Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah Berhad (KOPEKS) dan menggesa koperasi terus berinovasi serta memanfaatkan peluang perniagaan bagi meningkatkan pendapatan ahli dan menyumbang kepada ekonomi negeri.