Masyarakat, NGO, GLC Disaran Bantu Golongan Miskun Ekoran Penularan COVID-19 – Jamawi

Masyarakat, NGO, GLC Disaran Bantu Golongan Miskun Ekoran Penularan COVID-19 – Jamawi

0
SHARE
Jamawi ketika menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang penerima sempana majlis tesebut...

KEMABONG, TENOM – Semua lapisan masyarakat terutamanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) disaran supaya membantu keluarga berpendapatan rendah yang dikenal pasti berada dalam kemiskinan mutlak ekoran pandemik COVID-19.

Ini kerana, tanggungjawab membantu golongan berkenaan tidak terletak sepenuhnya kepada kerajaan, sebaliknya perlu dipikul bersama dengan semua pihak berkemampuan.

Pengerusi Sabah Urban Development Corporation (SUDC) Jamawi Jaafar berkata tindakan itu adalah penyelesaian jangka pendek bagi mengelak golongan berkenaan terus melarat.

“Walaupun keadan ekonomi negara agak terjejas dengan penularan pandemik korona virus -19 yang turut menjejaskan sumber kewangan (GLC) bagaimana golongan berpendapatan rendah khususnya di luar bandar kehidupan mereka lebih terjejas ekoran kehilangan sumber pendapatan tetap ekoran penularan Virus COVID-19,” katanya semasa ditemui selepas mengagih agihkan sumbangan bakul makanan kepada 100 orang asnaf di masjid Haji Azmi Sugiang Lama Kemabong dekat sini, malam tadi.

Hadir sama Ketua Usia Bahagian Tenom Piduman Haji Majid, Ketua Belia Usia Tenom Mohd Taslim Hj Tahir, Pengerusi Masjid Haji Azmi Azmin Amit Yakob dan penceramah jemputan Ketua Belia Usia Sandakan ustaz Mohamad Sufan Baharin.

Ketua Belia Usia Bahagian Sandakan Ustaz Mohamad Sufan Baharin jemputan khas yang menyampaikan tazkirah sempena program itu…

Menurut Jamawi yang juga Ketua Badan Belia Usia Pusat memadai bagi pihak yang berkemampuan termasuk GLC membantu menyediakan keperluan asas bagi golongan berkenaan untuk meneruskan kelangsungan kehidupan harian mereka.

Tambah Jamawi Kerajaan memang ada peranan tersendiri, tetapi dalam keadaan semasa, situasi ini (kemiskinan mutlak) berlaku di luar faktor diri sendiri.

“Bukan mereka tak mahu bekerja, tetapi tidak boleh untuk berbuat demikian disebabkan penularan virus -covid-19 dan juga pematuhan kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan SOP yang ditetapkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu Jamawi berharap agar badan badan NGO dan GLC yang ingin menghulurkan bantuan perlu ada penyelarasan .

“Ini penting agar tidak berlaku pertindihan di mana bantuan hanya tertumpu di satu daerah atau kawasan sahaja sedang lebih ramai golongan dan kawasan yang memerlukan bantuan,” jelas Jamawi .