KENINGAU, SABAH – Mayat kanak-kanak perempuan yang dikatakan terjun bagi menyelamatkan adiknya yang tergelincir di tebing Sungai Pegalan berhampiran Kampung Linkudou sini petang semalam, ditemui hari ini.
Azila Jabar, 12, ditemui pada pukul 11.36 pagi kira-kira 1.7km dari lokasi kejadian.
Menurut laporan Pusat Operasi Gerakan Bomba Sabah, operasi mencari dan menyelamat hari kedua dimulakan pada jam 6.34 pagi tadi.
“Kaedah mencari dan menyelamat menyusuri tebing sungai menggunakan sebuah bot dan berjalan kaki dengan bantuan penduduk setempat sedang dijalankan.
“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) juga berada di lokasi untuk membuat selaman sepanjang 2.5KM kawasan pencarian setakat ini,” katanya.
Usaha diteruskan bagi mencari mangsa Arlina Jabar, 9, manakala mayat kakaknya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.






